Khamis, 13 Jun 2013

KHASIAT GARAM



Kepentingan garam seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya dari Riwayat Ibnu Abbas:

'Barang siapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, maka Allah akan menghindarkan 330 jenis penyakit dan yang paling ringan adalah gila, kusta, sakit perut, sakit gigi dan yang bakinya hanya Allah jua yang mengetahuinya'

Garam adalah antara mineral yang mempunyai kemujaraban yang unik. Ia sebenarnya mampu bertindak sebagai pembersih yang berupaya meleraikan radiasi serta menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan dan imuniti badan. Sejarah perubatan Islam ada mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w. ketika mengembara akan memamah sedikit garam sebelum makan atau minum dan ini bertujuan supaya tubuh dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Manakala di dalam bidang masakan pula, garam dikatakan sebagai penghulu segala masakan. Cuba anda bayangkan bagaimana rasanya jika sesuatu masakan itu dimasak tanpa garam, pasti ramai yang akan mengatakan masakan tersebut tiada rasa! Orang Melayu terutamanya memang terkenal dengan garam dan dalam setiap masakan kebanyakan penggunaannya adalah pada kadar yang tinggi supaya cukup rasa masinnya.

Tetapi awas jika terlebih penggunaannya! Garam juga dikatakan penyebabnya peningkatan penyakit darah tinggi setiap tahun dan dikatakan 'penyakit moden' kerana bukan sahaja golongan berumur tetapi sudah menular dikalangan muda mudi yang baru berusia 25 tahun kebawah. Malah sudah terdapat golongan remaja belasan tahun yang sudah disahkan mempunyai penyakit darah tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan