PENTADBIR

Ilmu hikmah adalah ketinggian ilmu yang ditunjukkan dalam semudah-mudah amal

Ilmu hikmah itu lambang kehebatan seorang manusia

Ilmu hikmah itu rahsia yang didamba semua




Ilmu Hikmah memerlukan sikap diluar kebiasaan diri dan istiqomah dalam suatu wirid atau amalan doa tertentu.

Semakin diamalkan suatu wirid itu, maka akan menghasilkan suatu kepekaan bathin yang baik dan kekuatan indera ke enamnya lebih terpusat pada datangnya ilham atau firasat dari ALLAH SWT.

Ilham atau tanda-tanda tersebut lebih tepat dan lebih terjamin benarnya dibanding yang mendapatkan indera ke enam dari sumber selain ALLAH.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

"ITTAQUU FIROOSATAL MU'MIN FA-INNAHU YANZHURU BINUURILLAAH"

Ertinya : "Takutlah kamu terhadap firasat orang mu'min kerana dia melihat dengan Nur ALLAH".

Dalam mengejar cita-cita untuk berjaya, tekanan seperti sudah menjadi satu lumrah dan harga yang perlu dibayar untuk mengecapi kejayaan. Umat Islam sudah diingatkan Allah dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra`du, ayat 11)

Justeru, Allah mengingatkan dalam firman yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain).” (Surah ash-Sharh, ayat 5-7) 

Maka kita perlu sabar kerana sabar adalah terapi hebat dan membangunkan kemampuan daya tahan jiwa dalam Islam. 



Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian orang beriman, bersabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaranmu itu, tetaplah bersiap sedialah dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Surah Ali-Imran, ayat 200) 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila ditimpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Muslim)


Salam Dari Kami...
Pengamal Ilmu Hikmah

Master Al-Hikmah
017-7165571

Master ShariffJawa
011-27621634

Master Botak (Singapura)
6591904200

Tiada ulasan:

Catat Ulasan